Thursday, January 29, 2015

Si Tagun dan Si Hingus - Suatu Permulaan

Si Tagun sebelum jadi tagun, dia pun hingus jugak.. Hasil didikan dan jagaan kedua ibu bapa, maka si hingus membesar dengan baik dengan ilmu dunia yang tinggi sehingga hasilnya, si tagun menjadi somebody.. tagun merasakan bahawa dia menjadi seperti apa yang dia jadi sekarang ini adalah disebabkan dia memang dilahirkan sebegitu.. penuh dengan kebijaksanaan, kepandaian, kesempurnaan dan kekayaan.. "Ya.. aku memang begini semenjak aku dilahirkan..." kata si tagun kepada anak-anak dan pasangannya..
     Mendengar pengakuan sebegini, sudah tentu anak dan pasangan tagun merasakan sesuatu yang patut dibanggakan dengan masyarat sekeliling. Namun.. dalam begitu lantang melontarkan pernyataan begitu.. si tagun.. lupa.. lupa akan insan yang menyumbang kepada jadinya si tagun seperti dirinya sekarang..
    "Ahh.... aku begini sebab diri aku yang berusaha gigih sedari kecil.. , aku rajin menunaikan solat.. aku rajin mengulangkaji pelajaran.. semua itu ada usaha diri aku sendiri.."  begitu berbangga si Tagun menceritakan kisahnya pada sesiapa sahaja yang bertanya tentang kejayaa yang beliau kecapi sekarang ini..

Nun di kampong.. tersentak si ibu mendengar si Tagun dengan bangganya menceritakan segala sumbangan beliau kepada orang ramai.. betapa bangganya rakan-rakan beliau terhadapnya, terhadap rumah besarnya, terhadap pangkat dan darjatnya..
      Ternyiang-nyiang di telinga si ibu bahawa si Tagun mendabik dada seperti itu.. tiada satu pun sumbangan ibu yang membesarkan si Tagun terkeluar dari mulut si Tagun.. hanya berkenaan dengan usaha dan dirinya sendiri selain dari sokongan dari isteri dan anak-anak.
     "Owh.. begitu.. " sahut si Ibu apabila ada orang menceritakan perihal kejayaan si Tagun padanya.. sambil mengangguk-anggukkan kepala.. terus memalingkan muka melihat adik-adik si Tagun yang susah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kehidupan si ibu, juga susah payah si abang, si kakak yang berkorban segalanya bagi memastikan si Tagun dapat meneruskan pelajaran di luar Negara.. "Hmm... apa sangatlah.. sumbang kami ini.. berbanding dengan sumbangan si Tagun terhadap masyarakat" tiba-tiba si kakak bersuara.. dengan pandangan redup.. melontarkan pandanganya ke sawah yang terbentang luas di belakang rumah...
       Teringat si kakak akan kenangan manis sewaktu kesemua mereka masih kecil.. di mana si Tagun... menangis-nangis cuba menarik pacat yang melekat di celah jari kakinya.. enak menghisap darah.. dengan cermat si kakak menarik pacat yang belum sempat kenyang itu dari terus menghisap darah di kaki adiknya.  Begitu sayang si kakak pada si adiknya si Tagun..
Namun, semua itu hanya kenangan lama.. si Hingus dulu adalah si Tagun sekarang.. lain ulu lain parang.. lain dulu... lainlah sekarang...

 ************   
 
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]
 
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

It's been quite sometimes


Hello to those who view and read this..  It has been quite sometimes I have not update any of my activity or news.  Been very busy lately.  But that is not an excuse.. time must be allocated in order to update things that I would like to share with everyone.

 Recently I've was introduced to a product that compelling to me in terms of how the product can cure my son’s skin disease.  It really excites me to witness the cure process.  Not only that.. I tried the product to my niece who suffer from eczema and.. Alhamdulillah.. she’s getting better and better.

This product basically good for those who have the risk of diabetes.. but those who don’t have diabetes, still can use the product as a way of promoting a healthy living in their life..

Since this product is so good, I wish to use this platform to share all the information that I have about diabetic.. to the reader.. may Allah grant me barakah in this information sharing series.. ammin.. ya rabballalmin..

Friday, May 3, 2013

Its all about my feeling

Lately I'm meeting this guy. He is 3 years younger than me. He's tall, no so handsome, but sweet looking face and at the very first time seeing him.. I felt something.  Well I just keep the strange feeling that I have towards him, nicely fold and kept at one corner of my heart.  The bad thing is that, both of us are married, and to have this kind of feeling towards other people's husband when you yourself got a husband is totally wrong.. but i just can't help it.

I'm not sure how he felt about me.. all this while, whenever we met, he likes to smile at me and I would smile back.  He will says hello to me and I just smile at him.  Now it seems that my feeling towards him grows and become so strong until I would feel so down when I did not see his face and talk to him.

Its true that I do not know how he felt about me.. but all seems like he also have same feeling towards me, right after he request some assistant from me to assist him in submitting the income tax via online where on that day, we sit so close together and I can feel my adrenalin rush through all over my body.. but hey, he's just like a brother to me.. and he also keep on calling me by the name of elder sister.. oooo gosh.. what happen to me... feel so confuse..

Thursday, May 13, 2010

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Kerja Tuhan

Baru baru ini saya ada bertemu dengan seorang kenalan yang saya kira sedang bermasalah. Nampak dari kelibat mata dan perbuatannya seperti jiwanya tidak mendapat ketenangan. Agaknya dia sedang mencari seseorang untuk dia berkongsi cerita.. lalu saya pun menegurnya dan bertanya akan perkembangan dirinya..

Seperti yang di agak.. memang beliau sedang bermasalah. Memang fikiran beliau kacau. Sebagai insan di muka bumi Allah yang tidak pernah berkecuali dari mendapat dugaan Allah, beliau rupa-rupanya baru sahaja kehilangan mata pencariannya. Keadaan menjadi amat teruk bila beliau sendiri bukanlah seorang yang ada menyimpan duit simpanan semasa beliau masih bekerja dulu. Diterukkan lagi dengan sifatnya yang suka berbelanja boros. Maka hutang dengan bank akibat penggunaan kad kredit yang banyak mula mengganggu hidupnya. Satu persatu barang yang boleh dijual, telah dijualnya untuk melunaskan hutang yang tertunggak. Namun.. dugaan Allah tidak terhenti disitu.. beliau gagal mendapatkan pekerjaan baru walaupun hampir 2 tahun beliau cuba mencarinya. Permohonan demi permohonan dibuat, namun belum ada rezeki buatnya. Antara perkara yang diperkatakan pada saya diperjumpaan itu yang menarik perhatian saya menulis di sini adalah keluhannya yang menyatakan (bertanya) kenapa hanya beliau diuji oleh Allah. Menurut beliau, dulu masa beliau mempunyai kerjaya, beliau tidak pernah lupa solat lima waktu. Bila beliau kehilangan pekerjaan pun, tikar sembahyang tidak pernah beliau lupa selain dari berusaha dan berusaha. Namun kerana ujian yang dikira sudah amat berat buatnya, beliau mula mengambil ringan tanggungjawab terhadap Allah tersebut.

Bermula dengan melengahkan waktu solat, perlahan-lahan beliau mula meninggalkan solat dan seterusnya menyalahkan takdir dan merasakan Allah itu tidak adil dan mempraktikkan 'pilih kasih' ke atas hambaNya. Agak terkejut saya mendengarnya.. biarpun saya ini bukanlah di kalangan para ustaz mahupun ustazah, tapi pernyataan begitu saya kira agak berat. Namun, saya tidak pula melenting di atas pernyataan beliau itu.. Beliau memerlukan seseorang untuk mendengar.. dan saya perlu mendengar keluhan tersebut dan memberi pertolongan setakat yang saya mampu.

Wahai teman.. apa yang berlaku pada kita ini semua adalah takdir Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Semua yang berlaku ada hikmahnya.. dan pasti hikmah tersebut adalah tersembunyi. Semua itu kerja tuhan dan kita sebagai hambaNya perlu memahami setiap adengan kerja yang terjadi ke atas kita bagi mencari hikmah tersebut. Disitu lah gunanya akal fikiran yang dikurniakan olehNya pada kita. Sepertimana petikan syair Syeikh Hj Ashaari Muhammad Attamimi:

Aneh Kerja Tuhan


Pelik kita dengan kerja Tuhan,
Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya,
Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah dan ada pengajaran,
Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya,
Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan,
Memang pelik dan unik,
Apabila Allah Taala murka kepada seseorang, didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang,
Agar dia derhaka dan berdosa,
Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh seseorang,
Maka dia pula mendapat pahala menghapuskan dosanya,
Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj,
Ertinya mendapat rezeki secara murka,
Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada
seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas,
Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur,
Aneh yang memberi tidak dapat pahala, yang kena beri dapat pahala,
Begitulah seterusnya,
sebagai satu contoh lagi,
Apabila Tuhan murka kepada seseorang, didorongnya orang itu memaki seseorang,
Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang, dibiarkan dia dimaki oleh orang,
Mengapa orang yang Allah murka dibenarkan menyusahkan orang?!
Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang
Aneh kerja Tuhan?!
Kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan Tuhan,
Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan,



Syeikh Hj Ashaari Muhammad Attamimi
Selepas Isyak
31.8.99

Sunday, May 9, 2010

New Things

We learn new things almost everyday, everywhere and every seconds.. Sometimes the thing that we learn tend to give us preassure that let us down. Feel frustrated, angry for no actual reasons.

A wise man used to say,